Sunday, June 26, 2011

KL Festival 2011

Mobile Tourist Information Counter : credit to Madir


Salam,

Hari ni aku telah diarah bertugas di Mobile Tourist Information Counter (MTIC) yg macam gambau kat atas tu di KL Tower sempena berlangsungnya event KL Festival 2011. Partner aku hari ni ialah Madir. Baru je nak mula duty tu hujan pulak turun renyai-renyai. Bila hujan MTIC tu memang kena tutup. Kalau tak memang akan lencun segalanya. Sementara tutup tu we all pun pegilah merewang jap kat Pesta Negeri Terengganu yang sedang berlangsung kat area KL Tower. Beraneka produk dari Terengganu ade dijual kat situ..dari nasi dagang, sata, kepok lekor, barang-barang kraf yang comel2 hinggalah baju bajan ada dijual dengan meriahnya kat situ. Layan gak minum air mata kucing sambil makan kepok panas waktu sejuk-sejuk tu.



Bila hujan dah reda sket kami mula beroperasi semula...melayan berbagai bentuk pertanyaan tourist asing & tempatan..ada segala brochures negeri boleh diambil secara percuma di situ..kalau ade sesiapa nampak lori / truck macam ni di mana-mana lokasi seperti Central Market, Pusat Sains Negara, KL Pavillion atau acara-acara besar tu jemputlah datang ye..jangan malu-malu..boleh tanya kami mengenai ape saje produk pelancongan di Malaysia, internet pun ade kalau ade yang nak google any info mengenai tempat pelancongan. Kalau segan jugak, call aje infoline Tourism Malaysia 1300 88 5050..insya Allah kami sedia membantu..Jom Cuti-cuti 1Malaysia..