Thursday, January 27, 2011

Tasha di Sekolah

Salam,

Hari ni ku nak bercerita tentang aktiviti kami pada hari induksi & hari pertama Tasha masuk ke Tahun Satu. Dah sekolah dah anak mama sorang ni ye...Pantas sungguh masa berlalu, rasanya baru je ku hantar Tasha ke Pre School kini dah pun melangkah ke Tahun Satu.Tasha masuk sekolah yang sama dengan kakaknya Sara iaitu Sek Keb Taman Midah 1.
So, pagi tu sesampainya kami di sekolah, guru kelasnya telah bersiap sedia menyambut kedatangan kami dan segera menghantar Tasha ke tempat duduknya. Setelah make sure dia comfortable, kami pun menuju ke dewan sekolah untuk mendengar sessi taklimat oleh guru2 sekolahnya. Sambil lalu tepi kelasnya, kami sempat skodeng Tasha...nilah gambarnya..
Dah mula rasa lonely kot..

Muke tak boleh blah...ha..ha..
Kengkawan dah mula ramai..dia dah rasa confident sket..

Lepas taklimat, kami skodeng lagi. Ni masa dia dah perasan kami skodeng dia..sengih lah ape lagi :D

Bila dah lama-lama tu, kami nampak dia dah mula berinteraksi ngan kawan-kawan dan cikgu..

Biasalahkan, bebudak yang masuk tahun satu mesti ade perasaan nervous sebab suasana berbeza ngan pre school kan..nasib baek Tasha tak melalak...maybe sebab kami dah asyik remind dia jangan nanges sejak dari keluar masuk kete sampailah ke sekolah... Kakaknya pun sama mainkan peranan dalam menerangkan kat dia tentang peraturan sekolah, waktu rehat bla..bla..almaklumlah..pengawas sekolah..he..he..Actually, pada pendapat kami, Tasha nampak lebih confident berbanding kakaknya dulu masa masuk Tahun Satu.


First day assembly

Waktu rehat dengan kakaknya di kantin.

Wednesday, January 26, 2011

...Jiwa Tengah Kacau...


Entah mengape sejak akhir-akhir ni jiwa ni rasa tak tenang. Satu persatu dugaan datang tanpa diundang.Sememangnya aku sedang diuji olehNya.
TAPI....aku tak akan sesekali mengalah..sebab telah berbagai jenis dugaan yang dah aku harung selama ni. Pahit maung semuanya telahku rasa. Yang aku perlu sekarang ialah kekuatan mental sebab aku tak mahu anak-anak turut terkesan dari semua ini...
Ya Allah...lapangkan dadaku..aku redha dengan ujianMu.Amin
.