Tuesday, May 24, 2011

Things To Ponder

Salam semua..

Pagi ini nak share sebuah ungkapan yang begitu menyentuh hati ini...pendek aje tapi mendalam maknanya...

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun..
Kerana Kasih Sayang ALLAH itu Mendahului KemurkaanNya...

Kongsilah dengan kawan kawan anda ..siap tahu ianya akan mengubah hidup mereka menjadi lebih baik..Insya Allah..

Thursday, May 19, 2011

Hari Sesak Sedunia...



Salam..



Hari ini aku menghadiri kursus sehari 'Act Tourism' di Hotel Putra Kuala Lumpur.Sebagai seorang penjawat awam, sudah menjadi kewajipan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus samada anjuran jabatan masing-masing atau kementerian lain. Pada kursus kali ni selain jabatan kami, ianya juga disertai oleh PDRM, JPJ, Imegresen & Kastam. Penceramahnya, Puan Afie adalah seorang yang sangat2 berpengalaman luas didalam bidangnya. Bagi kami yang bertugas sebagai frontliners, memanglah dah biasa mengikuti kursus-kursus sebegini...walaupun modul lebih kurang sama, at least kami dapat juga keluar dari environment biasa di ofis, dapat menambah sijil-sijil kehadiran kursus disamping menambah kenalan dari agensi-agensi lain...


Petangnya sebaik habis kursus, hujan mulai turun dengan lebat di sekitar KL. Plan kami nak ke Carefour Wangsa Maju malam ni utk redeem voucher RM100 tergendala disebabkan jalan Jelatek & Ampang sesak teruk. Terpaksa tukar route utk balik ke rumah tapi sesak pula di Jalan Tun Razak...nasib baiklah Dhany masa ni good mood(agaknya sebab dah kenyang menyusu).Anak2 daraku semua dah tertidur dlm kesejukkan, kelaparan & jammed yg melampau itu...sudahnya kami tukar plan lagi untuk dinner je di KLCC.



Agak pelik kenapalah ramai sangat orang malam ni, bermula daripada lift dari parking kemudian berpusu-pusu pula yang melintasi kami di food court tu menuju ke escalator...? Owh..rupe2nye ini semua penangan Nur Kasih The Movie. Mereka nak naik ke TGV kerana hari ni kan hari pertama movie tuh... Aduh..ingatkan luar je jammed..dalam KLCC pun jammed jugaklah...

Wednesday, May 18, 2011

Rasa Ini...

Alangkah indah jika aku mampu menulis dan bercerita tentang apa saja yang aku rasa sekarang dengan mudah..pasti aku mampu mengurangkan rasa pening dan berat di kepala ini..namun aku akui bukanlah semudah itu aku mampu berkongsi rasa..ade bende yang aku perlu pendam demi kebaikan orang sekelilingku...


Lantaran ingin lari dari rasa-rasa yang menyesak ini, aku lebih suka berkongsi cerita mengenai permata-permata hati ini..Sara, Tasha & Dhany...


Cepatnye masa berlalu...rasanya baru semalam ku bergelar ibu. 10 tahun dulu, Sara lahir ketika kami masing2 sedang berusaha mengadaptasi kehidupan awal frasa bersuami isteri..masih saling perlu lengkap melengkapi yang mana prosesnya masih berterusan hinggalah ke saat ini. Kemudian Tasha hadir 3 tahun selepas itu buat penambah seri dan yang terkini, kami dikurniakan Dhany yang kini berusia 9 bulan sebagai pelengkap segala.


Sesungguhnya, momen-momen indah sewaktu mengandung dan melahirkan mereka tak ternilai dengan apa-apa material lain di dunia ini. Anak-anak ini adalah nyawaku, peniup dan penguat semangat di kala awan-awan kelabu mendatangi lelangit biru kami.. Tanpa mereka tak tahu bagaimana aku harus menempuh hidup ini. Sanggup aku berkorban segala-galanya sekiranya semua itu dapat menjamin anak-anak ini terus berada disisiku..Rasanya semua ibu akan berperasaan sama seperti aku...Terima kasih Tuhan...kerana mengizinkan aku untuk bergelar seorang ibu...



Wajah-wajah kesayangan hamba...


Baru-baru ini di dada akhbar ada memaparkan bagaimana kegigihan seorang ibu yang masih ingin terus mencari jasad anaknya di lokasi air terjun Ulu Bendul yang telah meragut 3 nyawa anak kecilnya sekaligus..bergenang air mataku bila membaca kisah sedih ini..ku kira dia adalah insan terpilih yang Allah telah uji hatinya, imannya kerana dia mampu. Memang dia mampu kerana dia tetap ingin melihat arwah anak bungsunya dikuburkan dan dinisankan dengan sempurna. Dalam hatinya siapalah yang tahu bagaimana dia menghadapi dua jasad anak kecilnya dikuburkan satu persatu dan kini tetap tega mencari jasad seorang lagi..Itulah jiwa seorang ibu. Kedukaan berpisah dengan bekas suaminya pun rasanya belum tentu sama dengan duka kehilangan anak, apatah lagi 3 orang anak-anak sekaligus...Semoga Allah terus menguatkan hatinya dan mengangkat darjah keimanannya Amin..