Friday, August 15, 2008

Semalam Yang Mendung..

Semalam telah diadakan satu majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat dilakukan dipejabat dan dihadiri oleh ratusan pekerja..Hanya padaNya tempat kami berlindung dan mengadu pada saat genting begini. Peliharalah kami dari segala bentuk hasad dengki manusia dan fitnah manusia...

Petang ni kami akan pulang ke kampung halaman di negeri bersejarah. Malam esok akan diadakan kenduri arwah di rumah nenek sebelah suami. Esok juga akan bermulalah musim cuti sekolah..

Wednesday, August 13, 2008

Debaran Yang Bertandang..

Semalam, aku telah mendapat pengesahan doktor tentang kehadiran si 'dia'. Syukur padaMu Ya Allah....Memang ini yang kami harapkan.Moga-moga dia datang membawa rezeki buat kami sekeluarga..aku bahagia dengan kurniaanMu ini. Terima kasih Tuhan...

Cuma, jauh disudut hati ini terselit rasa berdebar dan bimbang...Ya Tuhanku..hanya Kau yang tahu ape yang tersirat dihati ini..berikan aku segala yang terbaik, kalau ini sudah ditetapkan olehMu, aku redha tapi aku mohon kau berikan aku kekuatan...Amin..

Tuesday, August 12, 2008

Untuk Kali Yang Pertama...

Inilah kali pertama aku membuat blog sendiri setelah sekian lama teringin untuk mencuba. Sejujurnya aku tak pandai berkongsi rasa tapi tetap ingin mencuba. At least aku akan rasa selesa sebab dapat meluahkan ape yang terbuku didada. Harapan aku, blog ini dapat mengingatkan aku ape yg pernah berlaku dalam hidup aku sehari-hari.

Kalaupun ade yang sudi membaca, terima kasih kerana datang menyinggah..