Sunday, December 06, 2009

Pelancaran Tarian Cuti-cuti 1Malaysia

Subuh-subuh sapiee lagi aku dah bertolak ke Dataran Merdeka.Dahlah pagi ni sejuk..sedap aje aku tarik selimut kalau takde acara ni..well, nak wat camne sebab dah diarah pergi..Sib baik ramai kawan-kawan yang datang....jom layan gambar..




With Nadia a.k.a Siti Gombak




Before bergoyang inul ngan Nadia & SitiRok a.k.a Siti Sentul

Event tu habis dalam kol 12 tengahari, cuaca tengah panas terik lak tu...Baliknya sakit kepala sampailah esoknya..

New Toys For Kids...

Sejurus selepas menonton teater, kami gi supper kat Q Bistro dekat2 area rumah aku.Masa ni aku ngan hubby bincangkan ttg plan nak belikan basikal baru utk Sara.Bincang nye bincang akhirnya diputuskan aku sorang aje yg akan balik kejap utk melaksana misi. Ibu ngan abah pun akan balik ke Melaka malam ni. Balik sekejap aje sebab kena balik ke Kl semula hari Sabtu nanti.Lepas kemas lebih kurang kami pun bertolak & lebih kurang jam 2.30 pagi baru sampai di Melaka.


Esok paginya lepas bf, kami ke Kedai Basikal di Jalan Ong Kim Wee. Hargapun okay.. Surprise.... sebenarnya diorang tak tahu yang mama akan balik dengan hadiah ini...memula tersipu2 Sara tapi lepas tu dia pun tunjuk terror..


Peace mama...janji tak rosakkan basikal ni...


Tasha dengan basikal yg tak padan ngan badannya..ermmm kejap jelah riwayat basikal ni..takpun mesti dia mintak kat ayah jugak nanti...




Sara & The Geng..sebelum aktiviti merempit..



Teater Natrah

Khamis lepas aku dan ibu pergi nonton teater Natrah di Istana Budaya. Punyalah ramai manusia..kabarnya memang sesak istana budaya setiap malam sepanjang teater ni ditayangkan.

Sejurus selepas tayangan

Teater ni akan di extend tayangannya sampai 13hb Dec disebabkan sambutan yg sungguh menggalakkan. Pengkisahannya bagus, menyentuh elemen keagamaan & mengupas erti penjajahan yg sangat luas maksudnya. Ditambah dengan pelakon-pelakon yang superb..sedar2 tak sedar kejap je dah habis..tapi aku rasa susunan muziknya ala-ala hindustan sketlah.


Remy Ishak as Cikgu Mansor Adabi a.k.a Adam

Kerana 'Adam' nilah ibu sanggup datang dari Melaka..ni semua penangan Nur Kasih..Tak pasal-pasal semua sepupu-sepapat termasuklah aku jatuh hati kat lakonan mamat ni. Punyalah ramai peminat dia malam tu, que panjang gila..frust tul sebab tak dpt langsung nak salam ngan diorang semua.Ape2 pun kitaorg enjoy dgn teater ni. Congrats Erma Fatimah & team..

Ibu disamping Natrah..

While waiting my husband to fetch us, kami sempat bergambar ngan poster2 Natrah kat lobi IB tu. Jadilah...
Abah & my husband gi tengok Ninja Assasin kat KLCC.. 'full of blood' komen diorang..


Wednesday, December 02, 2009

...Duh...

Hrrmmmm....Aku baru je balik dr site inspection kt KLCC Twin Towers nih..nyampah tul ngan bos aku sorang tu, memang dia m..k..k sket.Patutnya gi kol 11 pagi tapi alih-alih kol 9.30pg dah sibuk call & dok tercongok tunggu aku kat lobi. Nasib baeklah aku dah sempat habiskan meehoon sup kegemaranku..kot tak tunggulah ko sorang2 kat situ sampai panjang ke tanah janggut tu..Dah tu plak asyik menbebel aje sepanjang jalan...hish..sib baik aku gi berdua ngan kawan aku CtNad, at least ade gak teman nak mengumpat...ha..ha..tensi dong.. Bos aku ni dah le degil nak mampos..orang explain tak nak dengar..sampaikan Pak Samad Driver tu cam malas je nak layan ayat-ayat poyo dia..

Disember Datang Lagi..

Hari ni dah masuk bulan Disember..bulan kelahiranku & bermakna bertambah tualah aku..hu..hu.. Memandangkan banyak cuti, berbagai aktiviti telah dirancang & cadangnya pd minggu ketiga nanti kami akan mula bercuti panjang bersama anak-anak.






Kat rumah agak sunyi sebab kedua anak daraku itu sedang seronok bercuti di kampung. Hari ni Sara update kat aku yg dia dah terror berbasikal..Aku ingat dia cuma cakap aje tapi MIL aku siap konfirmkan, abis dikerjakan basikal sepupu dia, Lokman. Sara jugak dah start menuntut janji kat ayahnya ...hah... sebenarnya ayahnya dah janji nak hadiahkan basikal kalau dia pandai naik basikal. Hadiah tu sebagai galakan kat dia sebab sebelum ni dia mmg tak pandai & tak konfident langsung... Tasha plak akan mewarisi aje basikal kakak dia sebelum ni sebab basikal tu masih elok. Anak ku sorang ni asyik main, main, main sampai aku call pun dia nak cepat aje letak phone sebab nak continue main...hish..hish..

Anak-anak ni kalau bercuti di kampung, mereka akan lebih bebas bermain dan aktif berbanding di KL ni. Maklum aje duk apartment, mesti susah nak main nyorok2, kejar2 dan main basikal seperti di kampung. Seronok tengok dioarang happy dapat explore macam-macam bende di kampung tu walaupun di bawah pengawasan nenek mereka yang memang agak garang..ha..ha.. Masa ni jugaklah nak ajar mereka berdikari, bergaul ngan sepupu & mengajar mereka untuk lebih menghargai zaman kanak-kanak mereka bila dah besar nanti. Walau kami berdua rasa rindu sangat kat budak berdua ni tapi dapat jugak kami luangkan masa berduaan-duan yang semakin limited lately ni..

Kat bawah ni aku selitkan gambar cousins Sara & Tasha di kampung. Gambar ni diambil 2 tahun lepas..skang ni mereka semua dah dewasa sket..