Wednesday, May 29, 2013

Tele Novela- Teduhan Kasih

 
 
Sekarang ni tiap petang aku akan sedaya upaya tak mau makan kat luar atau pegi melangok memana sebab nak laju-laju balik rumah..Balik awal boleh masak, berkemas ape yang patut sebelum kol 7 terus duduk mengadap TV3..ini semua penangan tele novela Teduhan Kasih..hero nya Adi Putra & heroinnya Sherry Ibrahim..Kalau Adi Putra berlakon konfem rating naik punya..dahle hensem...macho plak tu..
 
Hero & Heroin

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu). Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.
 
Watak antagonis: Ryzal & Ayu...

 
Adaptasi dari novel ni..
 
 
 

Thursday, May 16, 2013

Kelantan -Product Update

Assalamualaikum..
 

Baru-baru aku mengikuti lawatan ke negeri Kelantan..product update adalah kebiasaan bagi sesiapa yang yang bekerja didalam industri pelancongan macam aku. Kalau tak camne nak share ngan pelancong nanti kalau tak experience sendiri kan? Secara keseluruhannya Kelantan adalah sebuah negeri yang sungguh kaya dengan alam semulajadi, kebudayaan dan keseniaan yang masih terpelihara...Jom layan gambar..
 

hari pertama
 
 hari kedua
 
 hari ketiga
 
 hari keempat
 

 hari kelima 



Selain tempat-tempat yang menarik, keistimewaan Kelantan adalah terletak pada makanan-makanan tempatan yang begitu unik dan sedap-sedap belaka...
 
Laksa Siam di Zainon Palace, Rantau Panjang


Lunch di Nasi Ulam Cikgu
 

Meggi Ketam

 
Nasi Tumpang & Laksam

Kesimpulannya lawatan ini telah memberikan berbagai kenangan manis buat aku..seumur hidup, tak pernah teringin aku masuk gua..dah tua-tua gini barulah berpeluang..ape lagi nak pergi cari lokan dalam selut tu & naik perahu goyang2 sbb nak tgk kelip2..hish ngeri bila teringat balik..
 
Terima kasih byk2 kat Madir, sebab dialah beria2 memaksa aku joint produk update kali ni...Tak lupa gak pada Ezza yg banyak beri sokongan moral di dalam mengharungi kepayahan kat gua Kelam tu..luv u all..