Friday, August 28, 2009

Rindunya...

Tak sabar nak balik kampung hari ni. Rindu sangat-sangat kat kedua-dua buah hatiku Sara & Tasha..Hampir seminggu mereka bercuti & berpuasa di kampung..Lebih seronok katanya berbanding duk kat Taska. Tapi yang tak syoknya kami plak rasa sunyi aje bila melangkah masuk rumah..tiada riuh rendah hilai tawa dan adegan gaduh, tiada suara rebut-rebut nak makan ... hish..tak bermakna hidup aku tanpa derang ni...

Tuesday, August 25, 2009

Untuk kesekian kalinya..

Telah lama tak menulis di blog ni..Sebenarnya bila tak de pc kat rumah semuanya jadi terbatas. Mujurlah ade lebih rezeki untuk membeli laptop ni..

Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang tahun ni telah mematangkan aku. Sebagai ibu, isteri, anak, pekerja dan peniaga kesemuanya ade cabarannya tersendiri. Kadangkala rasa nak mengalah aje tapi memikirkan ade yang lebih susah dari aku maka segalanya aku hadap je..masalah takkan habis selagi kita masih bergelar manusia yang bernyawa. Kalau dikenangkan setiap yg berlaku itu ade hikmahnya. Tuhan lebih tahu..

Hari ni Ramadhan ke 4, dah 2 hari aku MC. Sakit tekak, batuk dan pening kepala. Mujur anak-anak bercuti di kampung masa ni. Kalau tak, takut juga berjangkit kat dia orang. Berbuka tadi pun beli je juadahnya...memang tak larat nak masak..kesian kat husband..