Wednesday, August 25, 2010

Kelahiran Yang Ditunggu-tunggu

Alhamdulillah....aku telah selamat melahirkan seorang putera pada tanggal 9hb Ogos 2010 jam 6 petang dengan berat 4.35kg secara normal di Hospital Pakar UKM, Cheras. Segala kepayahan aku sewaktu mengandungkannya hilang begitu sahaja di saat kelahirannya.. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu yang amat kami nantikan ini.

Sejam selepas dilahirkan

Saat kali pertama matanya dibuka..


Selamat datang ke dunia sayang!!

Friday, August 06, 2010

Masanya Sudah Hampir Tiba...

Rabu, 4 Ogos 2010.

Semasa check -up, aku telah diberitahu agar bersiap sedia untuk kelahiran awal bayi didalam kandungan ini. Dalam ertikata lain dipaksa bersalin pada minggu ke 38 kerana keadaan bayiku yang agak besar, 3.8kg setakat hari ni. Doktor minta aku buat pilihan untuk bersalin secara normal atau C-Sec. Apa yang diterangkan adalah worst case scenario...Kedua-duanya ada risiko tersendiri..kalau normal bayiku dijangka akan sangkut bahunya dan kalau C-Sec, risikonya pada aku yang sememangnya alah pada ubat bius..Dalam keadaan ini aku tak pasti apakah yang terbaik...
Akhirnya setelah berbincang dan bertanya pendapat beberapa keluarga terapat, aku mengambil keputusan untuk memilih kaedah bersalin normal (induction). Ahad ni 8 Ogos 2010, aku akan admit ke Hospital HUKM dan esoknya dijangka akan di induce..Perasaan takut, berdebar dan resah sentiasa dirasai sekarang ni..hanya doa yang mampu aku panjatkan kepadaNya agar semua berjalan dengan lancar dan selamat...AMIN...