Tuesday, December 04, 2012

Disember Datang Lagi..

Assalamualaikum..

Bulan yang penuh aktiviti..bulan yang penuh dengan peristiwa dan Disember juga adalah bulan kelahiranku. Alhamdulillah, kini makin bertambah usiaku. Dihujung gelaran 3 series ni akan menjadikan aku bertambah matang dan harapnya dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja...
 
Bukan mudah untuk memaksa diri meluahkan semuanya melalui penulisan terutamanya di blog ini. Tapi aku kuatkan hati untuk menulis kerana aku bimbang semua ini akan dilupakan sekiranya tidak dicatitkan..
 
Sesungguhnya tahun 2012 mencatat pelbagai peristiwa suka dan duka, aku kehilangan seorang bapa saudara yang amat rapat denganku, Allahyarham Busu Nuar pada pertengahan tahun ini secara mengejut sangat memberi impak kepada keluarganya dan kami semua. Perginya pada usia awal 50-an akibat serangan jantung yang mengejut sewaktu memandu di lewat malam. Aku hanya sempat berbicara kali terakhir dengannya melalui FB sahaja..kini semua tinggal memori..
 
Selepas itu, sekali lagi aku diuji  dengan kepulangan sahabat baikku Allahyarhamah Hazrin Rashid ke Rahmahtullah pada hari raya haji yang lalu. Peristiwa ini telah membuat aku rasa sangat-sangat kehilangan seorang teman kala suka & duka.Banyak rahsia yang kami kongsi bersama, pernah kami menangis bersama, walau tak sering bersama tapi kebiasaannya kami akan keluar makan tengahari bersama kalau ada diantara kami memerlukan sokongan satu sama lain. Pergi cari barang meniaga, kongsi gerai meniaga di Bazaar Ramadhan dan macam-macam perkara lagi..Kini, aku tiada lagi teman itu..:(( Kalau aku berasa sedih, apatah lagi perasaan suaminya Is serta 4 orang lagi anak arwah,  Ika, Nana, Faris dan Faiz. Perginya arwah bersama seorang lagi bayi  yang dikandungnya akibat serangan asthma sangat-sangat memeranjatkan kami semua.....Yang buat aku terkilan seminggu sebelum meninggal dia kerap pm aku di FB ajak berjumpa dan satu pun message dia aku tak sempat balas.. Semoga roh sahabatku ini  dan arwah Busu Nuar tenang bersemadi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.
 
 
 

Friday, June 08, 2012

Alasan bila tak menulis..

Assalamualaikum,

Lamanya tak wat N3, macam dah tak de mood nak menulis sedangkan banyak perkara yg boleh diblogkan sepanjang 3 bulan lepas..kisah suka duka silih berganti..anak-anak semakin membesar, makin berbagai kerenah. Soal kerja kini bertambah banyak bila terbabit dengan program berbasikal setiap bulan di Raub & kini mula sibuk dengan program Treasure Huntlah pulak..
Selain tu, kini aku & suami involved in business @ Nite Bazaar jugak..nanti aku blog pasal Nite Bazaar ni ye. Aku amat berharap segala kesibukkan ini akan memberi pulangan yang positif didalam kehidupan kami...

Thursday, February 16, 2012

Virus HFMD ...?

Assalamualaikum,
Jumaat lepas, setelah tinggal 3 hari di Taska barunya, Dhany kena demam panas. Mulanya kami ingat sekadar demam biasa je . Bawa ke klinik mediviron doktor kata demam biasa. Meskipun makan ubat tapi suhu badannya sentiasa turun naik ..bila ubat demam habis je suhu badannya akan naik semula ke 39'C. Aku perhatikan air liurnya sentiasa meleleh-leleh dan dia memang tak nak menyusu macam biasa patah lagi makan. Selain tu Dhany cirit birit dan sekitar saluran najisnya merah seakan-akan ruam..
Petang ahad tu, aku perhatikan ade bintik-bintik merah kat kedua-dua belah tapak kakinya..sudahhhhh...pergi doktor untuk kali kedua tapi doktor cuma cakap maybe virus fever, dan dibekalkan ubat bontot aje..Kami syak mesti Dhany ni nak kena demam campak atau tanda-tanda awal cacar air sebab dah mula ruam-ruam di seluruh tubuhnya terutamanya di siku & belakang badan. Sepanjang malam tu memang aku kurang tidur sebab Dhany macam tak selesa..dia asyik menggaru dan menangis bila disuakan susu.....:(
Esoknya, kami ke Klinik lain plak sebab lidah Dhany dan mula ade ulcer dan kali ni doktor suspect Dhany kena Virus Hand Food & Mouth Disease (HFMD) atau Coxsackie Infection dan terpaksa dirujuk terus ke Hospital UKM untuk rawatan lanjut. Lepas balik rumah sekejap ambil serba sedikit keperluan Dhany, kami terus ke Bahagian Kecemasan HUKM. Doktor mulalah buat soal selidik dan menerangkan prosedur yang perlu dibuat. Semuanya bergantung kepada keputusan ujian darah nanti untuk menentukan samada ianya HFMD @ Rotavirus. Rasa sedih sangat bila tengok badan si kecik ni terpaksa dibalut dengan gebar tebal bagi mengelakkan dia dari meronta semasa tangannya dicucuk bagi mengambil sampel darah & glucose drip. Dhany kelihatan sangat keletihan kerana kekurangan air di dalam badannya dan kerana itu juga terpaksalah dimasukkan glucose bagi mengelak hydration. Sepanjang tempoh di bilik pemantauan Wad kecemasan tu beberapa kali Dhany cuba mencabut jarum yang dimasukkan di tangannya, mungkin sebab dia rasa sakit & lemas wayar-wayar tu semua. Kesiannya anak mama...kalaulah boleh ditukar sakit tu kepada aku kan bagus..Lebih kurang 3 jam selepas tu result darah Dhany diperolehi dan Alhamdulillah, ianya bukan rotavirus, cuma HFMD. Masa ni barulah aku tau yang penyakit ni tak ade ubat khas, cuma perlu galakkan pesakit minum banyak air..info selanjutnya disini.Syukur Dhany boleh dibawa pulang tapi kena kurantin di rumah dulu buat masa ni.
Sepanjang Dhany di situ kakak-kakaknya tidak sekolah kerana semua sibuk nak mengikut kami ke Hospital. Mujurlah ada Gmie, ibu Putri bestfreind Sara yang sudi tumpangkan budak-budak tu di rumahnya..terima kasih Gmie..

Wednesday, February 08, 2012

Aku nekad....

Assalamualaikum,





Hari ni aku nekad hantar Dhany ke taska. Taska yang sama owner dengan taska kakak-kakaknya. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu mengurangkan beban ayahnya dari menghantar ke dua lokasi yang berbeza sebelum ini. Tugas menghantar anak-anak ini terpaksa digalas suamiku kerana aku perlu mengejar bas seawal jam 7.00 pagi ke pejabat baruku di Putrajaya. Sebenarnya memang ada sebab kukuh kami berdua bertekad menghantar anak ke Taska ni..tak sanggup lagi melihat anak bongsuku ini membesar di dalam buaian..Kata pengasuhnya, Dhany agak lasak..jadi untuk mengelak dia mengusik baby-baby lain yang diasuhnya (seramai 3 baby dan 4 kanak-kanak) maka anakku itu ditempatkan didalam buaian hampir 3 suku hari.. adatlah kan kalau kanak-kanak seusia 15 bulan yang baru dapat kaki..semuanya nak diusik, diexplore. Logik ke alasannya itew??




Lagi menguatkan alasan kami beralih ke pusat asuhan kanak-kanak ialah di rumah pengasuh, kedudukan buaian Dhany adalah di pintu ruang yard...dan untuk pengetahuan korang itulah satu2nya jalan nak ke tandas..Disebabkan pelan rumah kami sama, maka kenyataannya anakku itu ditempatkan di pintu masuk tandas..manakan letaknya rasa kemanusiaan mereka ni? bagaimana agaknya kalau ade diantara keluarganya ingin ke tandas? apakah jadinya dengan anakku yang mungkin sedang lena tidur? diangkatkah? dibiarkan ajekah? patutlah ruam-ruam kecil tumbuh disekitar leher..rupanya di situ tiada pengaliran udara yang sempurna..agak panas kerana terletak jauh dari kipas diruang tamu...ni tak termasuk lagi betis si kecik ni yang kerap digit nyamuk, mungkin kerana ruang yang tidak sesuai itulah salah satu puncanya..apakah sudah hilang rasa kesian atau kasihkan kanak-kanak? ikhlaskah kerjaya mengasuh atau sekadar hanya tahu mengira berapakah pulangan bulanan yang akan diterima saja???




Mulanya kami hanya bercadang nak test dulu dengan menghantarnya ke Taska dalam tempoh 3 hari ni saja..manalah tahu takut-takut Dhany lambat serasi kerana dia biasanya tidur di buaian tapi di Taska mana ade buaian..tapi rasanya kami nekad hantar ke Taska terus bila pagi tadi En Suami dimaklumkan oleh pengasuhnya yang dia nak cuti hari ni dan mungkin esok kerana perlu pulang ke kampung. Hai....nasiblah kami dah hantar Dhany ke Taska, kalau tak mesti salah seorang dari kami perlu bercuti kecemasan lagi dan lagi...bukannya kami tak cuba memahami atau bertolak ansur dengannya tapi dah selalu kami terpaksa bergilir mengambil emergency leave kerana keadaan2 tak terduga semacam ini. Soal bayaran yang agak mahal berbanding pengasuh/Taska yang lain kami tak kisah sangat kalau dia ikhlas ngasuh anak dengan baik...tapi kalau dah macam ni payahlah..asyik kita aje kena beralah. Bagi orang yang makan gaji ni banyak perkara perlu dijaga, kalau dah kerap cuti kecemasan bos pun jeling-jeling gak..



Harap-harap Dhany boleh menyesuaikan diri ye sayang..mama & ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu. Biarlah di Taska Dhany nanti belajar bersosial, bermain dan belajar perkara-perkara yang baru. Yang penting Dhany tak terkurung saje dalam buaian ye manje...Mama doakan Allah akan sentiasa melindungi semua anak-anak Mama dari segala perkara yang tak baik.Pada kakak-kakaknya kutitipkan pesan menjenguk adik di Taska sebelah kalau ada kelapangan..jangan lupa minta izin cikgu dulu..




Ya Allah...sesungguhnya aku bertawakkal kepadaMu..lindungilah & peliharalah anak-anakku semasa mereka tiada di depan mataku..Amin Ya Rabbal Alamin..

Sunday, January 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum...

Ni N3 pertama tahun 2012. Selamat Tahun Baru diucapkan pada sesiapa yang terbaca blog ini..samada sengaja atau tidak...sudi-sudikanlah tinggalkan jejak..semoga tahun ini akan lebih menjanjikan kehidupan yang lebih baik...amin..