Sunday, May 30, 2010

Shopping Menyopping

Salam semua...

Minggu ni long weekend..start cuti dari hari Jumaat sebab cuti hari Wesak. Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke The Mall sebab ada Parkson Extreme Warehouse Sales. Beli comforter set untuk keperluan bilik pengantin adik iparku, part of baju raya anak-anak dan sedikit keperluan newborn baby. Harganya ok lah jugak...Shopping awal sbb nak elak bershopping bila dah sarat nanti. Lagipun aku dijangka bersalin di tengah-tengah bulan puasa,kalau tak beli sket-sket dari skang bila lagi kan..

Hari Sabtu plak hari berkemas dan mengecat bilik..nak sambut baby baru ni excitedlah plak....he.he..Lagipun nilah first time kami mengecat bilik tidur sejak berpindah. Warna purple lagi you..Bilik anak-anak pulak dicat warna pink..happy sangat derang. Seperti biasa juga rutin bar sejak pregnant ni, separuh baju ku hantar ke dobi..baju sekolah ngan baju kerja hubby aje yang dibasuh tangan. Tak larat dah aku nak duduk memberus dgn perut yg memboyot ni. Lepas berkemas aku terus masuk dapur masak asam pedas ikan pari, sayur kangkung goreng & sambal belacan.

Hari Ahad, bangun pagi-pagi ku terus merebus nasi impit. Plan nak makan ngan sambal udang + pucuk tahu untuk lunch nanti. Kalau rajin nak wat rendang minang jugak. Apepun utk bekfes aku goreng cekodok je, cukuplah utk alas perut..

Ermmm..mana nak bawak bebudak ni jalan ye...? bising diorang nak ajak kuar..nantilah kupikirkan...

Sunday, May 16, 2010

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama teringin memiliki sistem rawatan air di rumah, akhirnya termakbul jugak apa yang dihajati. Actually, ade dua tiga jenama yang di shortlist tapi setelah difikirkan bab-bab maintenance catridge & service after salesnya, finally jenama ini yang dipilih.



Thanks abang...mmmmuuuuaaahhhs!..semoga memberi manafaat kepada seluruh familyku, Amin..

Friday, May 14, 2010

Jenjalan ke Sogo

Hari ni waktu lunch yang agak panjang tu kuhabiskan dengan mengikut Jie pergi ke Sogo...Sales lah macam biasa..teringin jugak nak beli non-stick pan tapi tak pasti nak beli brand ape.Ade lists of barangan yang masih duduk diam diam dalam wish lists..bilalah dapat agaknya??? Harap-harap weekend ni dapatlah satu dua barangan tersebut...Amin!

Ape-apepun petang ni dah plan nak tapau makanan siap-siap dari pasar malam sebab nak melangok depan tv tengok Piala Thomas 2010 kol 6 nanti. Semoga games petang ni memihak kepada Malaysia...Malaysia Boleh!!!