Friday, December 16, 2011

Doaku di hari lahir..

Doa ini kupanjatkan sempena genap 36 tahun kelahiranku di dunia ini...


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbul Alamin.

Monday, December 05, 2011

Promo Burger King 5 Hengget..

Salam,




Untuk para peminat Burger King, mak bapak yang nak belanja anak-anak di musim coti sekolah ni atau nak belanja kengkawan ke..ni ade spesial promo utk korang....


Tempoh terhad tau..hingga 8hb Disember aje ..


Sila print @ potostet jek...tunjuk kat kaunter tu sebelum order..ade 2 choice, black pepper @ spicy jalapeno..


silalah..silalah....






Thursday, December 01, 2011

Disember Datang Lagi

Salam semua,


Disember menjengah lagi..semua pun tahu bulan Disember adalah bulan coti sekolah, bulan pergi melancong dan bulan para isteri tersenyum lebar bila suami-suami terpaksa menghulur elaun bulanan lebih sket dari bulan biasa sebab dah dapat bonus...Bulan ni jugaklah mak bapak berpusu-pusu membeli baju bajan sekolah anak-anak dan maka dengan itu akan kempislah poket mereka akibat membayar yuran sekolah, yuran bas, itu & ini...



Bagi aku plak, Disember sekadar akan menambah angka pada usiaku..ala..setakat tambah nombor aje apelah sangat..seperti kebiasaannya aku taklah mengharap apa-apa hadiah, bunga atau kek dari En Hubby. Anak-anak aje selalunya berusaha membeli & membalut hadiah cantek-cantek untuk mama diorang ni. Lucu sebab hadiahnya mestilah pen, pensel atau diary aku sendiri..tau-tau diary aku hilang dan akan dapat balik sebagai hadiah..lawak-lawak..! Seingat aku, kalau ade pun En Hubby beri hadiah adalah waktu zaman cintan cintun dulu aje..Selalunya dia akan wish dan bagi sekeping kad, itupun aku tetap syukur & aku redha.. Tapi kali ni aku berangan-angan dapat sebiji kek dari dia..impian ajelah kot ..


Kek pojaan hatiku..

Thursday, November 24, 2011

Tentang Dhany..

Salam..








Fuhhhhh...berabuk, bersawang sudah ..lamanya ku tak update belog ni..hampir 2 bulan berlalu. Kali ni ku suka nak berkongsi perihal anak bujangku itew..maklumlah lama tak berbudak kecik..seronok tengok progress dia dari masa ke semasa. Ada aje keletah baru yang ingin dia tunjukkan pada kami...sekarang ni Dhany dah berusia 1 tahun 2 bulan dan baru aje dapat kaki...



buah hatiku..





baru dapat lesen L..










antara langkah2 pertama..



Dhany yang jarang-jarang senyum..







alololo..tomeinye dia..


Mama sayang sangat kat Dhany....muuuuuahhhs...

Thursday, September 08, 2011

Episod Raya 2011

Assalamualaikum,

Hari Raya Pertama: Lokasinya di Kampung Pernu Melaka



Seawal pagi di kampung tercinta, ketika ibu-ibu sedang sibuk berdandan manakala bapak-bapak pula ke Masjid untuk bersolat raya, anak-anak yang telah siap berpakaian telah diarah untuk bergambar. Macam-macam aksi & telatah kanak-kanak ni maklumlah di awal pagi..maka riuh rendah jadinya..


Posing raya Sara, Rayyan, Intan, Dhani, Tasha & Sofea


Tasha yang teringin nak posing atas katil


Kak Long & Kak Ngah dengan jubahnya.



Sessi bermaaf-maafan



Mama, Dhany, Kak Long & Kak Ngah yang tengah mengajuk tak ingat ape sebabnya...
Mama & Dhany
Ayah & Dhany



Kali ni kami beraya di side familyku dahulu.Setelah selesai berkunjung ke rumah tok2 & nek2 saudara barulah kami berangkat ke rumah mertua yang terletak selang 3 buah kampung dari kampungku itew..Anak-anak semuanya kepenatan beraya tapi kami puas sebab dapat bawa mereka berjumpe saudara mara semua..

Monday, September 05, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Salam,

Hari ni aku sudah mula bekerja semula setelah seminggu bercuti di Melaka. Berat je kaki ni nak melangkah keluar rumah pagi tadi sebab mood raya masih menggebu-gebu. Namun rutin tetap diteruskan,harus keluar mencari rezeki. Ofis pula sangat sunyi, adelah juga dengar suara-suara kengkawan waktu pagi tapi lepas lunch semua suara itew  dah hilang...maybe derang sambung gi beraye kot..

Alhamdulillah, raya tahun ini kami sambut secara bersederhana saje tapi tetap meriah.Hampir setiap hari kami  mengunjungi rumah saudara mara terdekat di kampung. Memang agak penat tapi puas hati bila dapat merapatkan silaturrahim sesama keluarga yang dekat & yang jauh.Bila dah raya ni memang makan ajelah kejenye..kalau hari tu berat turun sikit sangat tapi sekarang naik pulak agak banyak..he..he..

Rasanya belum terlewat untuk ku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan yang sudi baca blog ni. Maaf zahir & batin kalau ade salah & silap ye..

Wednesday, August 24, 2011

Iftar 2011-Sawarabina Cafe

Salam,



Orang kata bulan Ramadhan adalah bulan rezeki..Rezeki Allah didatangkan melalui berbagai cara. Salah satunya bila ada yang sudi belanja berbuka puasa di restoran arab, Sawarabina Cafe di Taman Tasik Titiwangsa ini.Hidangan buffetnya agak limited bersesuaian dengan harganya yang agak murah berbanding lain-lain restoran Arab di KL ni.Cuma RM29.90 seorang. Rasa makanannya boleh tahan tapi yang spoilnya pelanggan cuma boleh mula ambil makanan pada jam 7.30 malam..masa tu dah masuk waktu berbuka pun..bila dah jadi camtu maka berpusu2lah semuanya menyerbu makanan sampai licin semuanya.Lagi satu disitu pelanggan tak digalakkan membeli side order iaitu air lain yang dijual, seboleh2nya mereka suruh kita minum aje air yang disediakan dalam buffet..pelik betul sedangkan mereka jugak yang untung. Apepun, Alhamdullilah...





Restoran Sawarabina di pinggir Tasik Titiwangsa

Antara buffet yang murah di KL...
Albert (tokeh MTIC yang belanja kami) serta Azrol& Ina



Zaini, Shiela & MadirMadir & CtNor

CtNor & Barbicannya.. Hisham & wife,Carul

Terima kasih ya Albert.Nanti tahun depan belanjalah lagi...la..la.la.

Iftar 2011-Wong Solo

Salam,


N3 ni adalah cerita semasa kami berbuka puasa di Wong Solo, Bandar Sri Permaisuri,KL.Hidangannya ialah Set Ayam Penyet & Set Ayam Bakar yang berjumlah RM 10++ setiap satu. Setiap set akan disertakan sekali dengan air mineral & kurma. Pada aku yang memang menggemari ayam penyet, masakan di sini adalah lebih sedap dari Restoran Ayam Penyet AP tu..sambalnya memang terangkat & pedas. Ditambah pula oncomnya yang agak besar & secukup rasa. Bagi En Hubby kurang gemar makanan yang agak kering,kami order sup ekor sebagai pelengkap hidangan ini.

Set ayam bakar


Set ayam penyet



Sara yang kata : ''Kita sangat lapar ni mama..

Tasha yang baru belajar berpuasa tahun ni..Setelah kekenyangan..alhamdulillah

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Ramadhan 2011

Salam,


Hari genaplah 23 hari umat Islam berpuasa. So far, aku lum ponteng puasa lagi..ehem..ehem..tapi bukan ade ape-ape ye..sebab Cik P dijadualkan datang pada penghujung bulan nanti..:)


Sepanjang puasa ni boleh dikatakan setiap hari aku memasak untuk juadah berbuka dan sahur. Selalunya kami berbuka dengan makanan ringan-ringan cam mee hoon ke, pita kebab, laksa asam yang aku sediakan sendiri & ditambah dgn sedikit kuih muih yang dibeli dari Param di sekitar Bandar Tun Razak, Sri Permaisuri & Cheras.

Roti Pita Kebab buatan sendiri..


Makanan berat iaitu nasi & lauk pauk pulak hanya akan dimasak pada waktu sahur aje. Makanya, bermula jam 4 pagi akan ketung-ketanglah suasana dapurku. Time sesunyi itu sangat bagus untuk aku memasak dengan tenang..bebudak tu & bapaknya hanya akan bangun kol 5 pagi nanti untuk terus duduk di meja makan yang dah tersedia lauk pauk tinggal nak menyuap aje...Lepas makan,kemas2 meja aku akan terus ajak anak2 mandi & solat Subuh sama-sama sebelum siapkan mereka ke sekolah. Inilah rutin pada hari kerja di bulan Ramadhan ni..kadang-kadang tersengguk2 jugak bila dah kol 3 @ 4 petang kat opis sebab kurang tido tapi itulah kepuasannya seorang ibu kan? Dapat sediakan sendiri juadah untuk keluarga walaupun hanya simple-simple menu pun dah besar syukur. Hanya sesekali dihujung minggu kami akan berbuka puasa di luar ikut selera anak-anak atau penuhi jemputan Iftar. Lebih bermakna kami juga dah berpeluang untuk pulang berbuka puasa di kampung, Melaka & tentulah sangat seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai dan menikmati aneka jenis makanan...

Tuesday, August 16, 2011

Salam ..


Entah mengapa hari ni hati tiba-tiba sayu aje...Mungkin ade rindu yang bertandang..semua perasaan bercampur-baur..Lebih touching bila terdengar lagu stacy ni tadi.. jom layan...

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Friday, August 12, 2011

Birthday Celebration


Ini adalah N3 lapuk..baru aje teringat nak letak N3 di sini. 13 Julai hari tu adalah hari lahir En Hubby..Walaupun kami sebaya tapi En Hubby lahir dulu daripada aku..maka dengan ini dia lebih tua dari aku..hi..hi..Kami sambut secara kecil-kecilan aje memandangkan En Hubby memang jarang celebrate birthday dia sejak kecil. Namun disebabkan tradisi family aku setiap besday mesti diraikan maka tradisi itu kini aku terapkan pula pada keluarga kami.So, hari tu kami telah menyambutnya dengan lunch di Saba Restaurant kat area Setiawangsa. Memandangkan En Hubby memang peminat daging kambing jadi restoran arab amatlah bersesuaian.

Mandi Lamb yang mabeles..


Kebab Ayam ape ntah..tak ingat nama. Not bad rasanya..very juicy!

Hanya budak 2 orang ni je yang ikut..Kak Long sekolah hari tu..

Petang tu, kami raikan En Hubby juga walaupun aku tahu dia agak kurang selesa a.k.a malu. Malu kot sebab nak kena tiup lilin tapi aku tahu dia suker..
Birthday boy.. Saat dicium oleh puteri-puterinya..
Meh sini suap cikit...alololo..
Selamat Ulangtahun Sayang, semoga abang dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, semoga sentiasa tenang dan hidup diberkati oleh Allah. Semoga kebahagian ini akan berkekalan.. Amin!

Tuesday, August 09, 2011

Happy 1st Birthday Dhany!

Salam,

Emran Erdhany


Genap setahun usia baby boy mama sorang ni..mama sangat gembira kerana doa mama & ayah untuk memiliki zuriat lelaki menjadi kenyataan pada hari ini 9hb Ogos setahun yang lalu. Segala kesakitan dan kepayahan mengandung hilang begitu saja di saat pertama kali mama memeluk Dhany di Labour room. Ayah, Kak Long & Kak Ngah begitu teruja untuk menatap Dhany buat pertama kali kerana memang kelahiran ini amat dinanti...Sejak itu suasana dirumah semakin berubah. Riuh rendah jadinya rumah kerana masing2 sentiasa sibuk mengambil giliran melayan telatah Dhany yang semakin cerdik dan lasak...kadangkala terbit juga rugutan di mulut Kak Long yang letih berpuasa tetapi terpaksa melayan kelasakkan Dhany sewaktu mama & ayah sibuk menyiapkan juadah berbuka tapi mama tahu yang Kak Long sangat2 sayangkan Dhany..Kak Ngah pun begitu..terjerit kecil dia bila Dhany sering buat aksi 'akrobatik' ketika cuba mengambil barang dari 'walker'nya namun lepas tu cepat-cepat dia cium-cium semula adiknya..



Sengih jelah..


Dengan aksi manja & nakalnya..


Happy 1st Birthday Dhany. Mama, Ayah, Kak Long & Kak Ngah sangat-sangat menyayangi Dhany dan berharap Dhany akan menjadi anak yang soleh, sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.Amin.

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah



1Ramadhan 2011


Sahur tadi sempat masak sambal tumis daging & sayur kacang buncis goreng.. minuman kami ialah seteko air milo panas & bekalan supplement untuk anak-anak iaitu 'Scott Emulsion'.. Memandangkan hari ni adalah first day bersahur, Tasha sangat liat nak bangun berbanding Sara. Kejutkan dia sambil bawak air horlicks kegemarannya kat tepi katil..akhirnya lepas drama pujuk memujuk barulah dia mahu ke meja makan..hai anak..anak..macam-macam perangai. Kesian juga sebab walaupun sekolahnya bercuti derang tetap kena tinggal kat taska sebab mama ngan ayah kena kerja..Petang ni cadangnya berbuka kat rumah Nenek Mama..barulah meriah sket..

Selamat berpuasa kepada semua pembaca N3 ini..semoga puasa kita diberkati..Insya Allah!

Thursday, July 21, 2011

Tazkirah Jumaat

Salam..




Sekadar berkongsi dengan semua..



~Tiada hijab dengan Allah bagi doa orang-orang teraniaya~



Ya Allah..kau bukakanlah pintu rezeki buat diriku, keluarga & sahabat sekelian dan janganlah Kau hampakan harapan kami untuk menjadi insan yang diberkati oleh Mu..Amin.

Friday, July 01, 2011

Sambal Udang Encik Hubby

Waktu : 5.30petang Lokasi : Ofis( Aku )/ Rumah (EH)

Background : Hubby balik keje awal hari, jadi dia fetch anak-anak semua dulu. Aku kena naik tren hari ni..ermm malasnye..

Aku: Assalamualaikum..

EH : Waalaikumsalam
(suara comel jek..Tasha rupanye)

Aku : Kak Ngah wat ape tu?

EH : Tengah main ngan baby Dhany..kakak yang dokong dia
..(Tung tang tung tang-background music)

Aku : Ayah mana nak? bunyi ape tadi tu??
(courius niehh)

EH : Ayah tengah tumbuk bawanglah...tadi tu mama dengar tak bunyi batu lesung...

Aku : Aikkk...Ye ke..bagi mama cakap ngan ayah sayang..

Aku : Tengah wat ape bang?

EH : Abang tengah prepare nak masak sambal tumis udang ni..nak goreng sayur ape eh petang ni yang?

Aku : Owh..err ye kerr (teruja giler)..ala terima kasihlah bang...err masak kangkung belacan okeh gak kan?

EH : Ok set..tapi nanti nasik ayang masak ye..nak makan panas-panaslah...

Aku : Ok bang..err ade ape2 nak beli ke? nanti ayang belikan otw balik kang..

EH : Tak de apelah..err suka hatilah nak beli ape2 pun..bebaik balik tau..

Aku : Bye bang..

lalalala.....terujanye aku..yeay..yeay..tak yah masak... oh En Hubby..tengkiu sayang...!


Inilah sambal udang itew..(sila abaikan tarikh di gambar..setting date dah lari)


Sayur bendi + telur


Sekian..