Saturday, June 25, 2011

Kelas Swatari 2011

Salam,



Awal tahun hari tu aku enrol 2 orang anak daraku ke kelas Swatari anjuran Pak Ngah Production. Sejak itu rutin weekend kami adalah menghantar mereka selama 2 jam sehari. Tarian yang diajar ialah Joget, Zapin & Inang. Antara pengajarnya yang agak femes ialah couple yang menang program realiti Sehati Berdansa tahun lepas... Kalau ditanya nape aku hantar bebudak ni kelas tarian? camni jawapan aku : 1.untuk mendisiplinkan mereka, 2.mendidik mereka agar lebih mencintai budaya melayu itu sendiri & 3.tarian adalah eksesais yang bagus untuk tubuh badan.



Sebenarnya aku sendiri memang amat meminati bidang ini tapi apakan daya zaman kanak-kanak dulu tidak berpeluang langsung..Kebetulan pula, aku perhatikan Sara juga gemar menyertai program tarian kebudayaan di sekolahnya, jadi terus aku galakkan mereka mempelajari tarian melayu secara komprehensif di Swatari ini.


Kini, dah hampir tamat kelas asas ini. Hari ni telah diedarkan borang penyertaan Graduation Day untuk tahun 2011. Majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Oktober nanti. Masa tu barulah boleh aku decide samada mereka patut proceed ke kelas lanjutan atau cukup setakat itu saje..


Ok..jumpe lagi di next N3..bye!