Thursday, December 16, 2010

Its my birthday again...

Salam,

Hari ni adalah hari lahirku yang ke 35..hu..hu.. dah tua dah aku ni. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan menghidup udaraMu Ya Allah. Pada usia ini rasanya fasa hidupku hampir separuh lengkap, punya kerjaya, keluarga, anak-anak, suami juga rakan-rakan yang baik. Semoga semua yang baik-baik juga akan berlaku di fasa-fasa akan datang..

Aku nak share something yang aku dpt dari ofis collegues. so touching sbb dh lama tak dapat hadiah...sob..sob..sedih + terharulah plak..
bende yg tetiba ade kat atas meja..speechless (",)
ni plak ayat-ayat di dalamnya..
dari kawan-kawan aku yg sungguh gojesss..kak Mai & kak Honey..


Thank u so much sis...love u muah..muah..
Nanti next N3 ku cerite ape yg ku dapat dr en hubby & kat mana birthday dinner tahun ni.. tata..^-^







Saturday, November 06, 2010

The Mines Shopping Fair




Pagi Sabtu tu, kami merancang membawa anak-anak main bowling, dah lama tak outing sejak zaman pregnant sampailah lepas bersalin ni. Kali ni pergi angkut si kecik tu sekali. Walaupun bowling centre tu agak bising tapi Dhany tetap lelap matanya. Nampaknya Dhany kenalah biasakan diri dgn keadaan camni ye nak.. banyak lagi aktiviti jalan-jalan yang akan kita sama-sama lakukan lepas ni.....





Dhany yang maintain tido...



Antara aksi seorang juara...cehhh..(",)


Mama pun tak nak kalah gak...strike jugak beberapa kali tu..heh..heh.. :P

Buah hati kami..



Lepas main bowling, perut pun dah mula lapar.. kat food court kat tingkat bawah kami nampak ni..jom kita cuba..






Senyum kak..tak yah malu2..

Anak-anak dah teruja nak try ni ..



sedap komen diorang...



Ni pulak lunch ayah..






Aik...makan sorang jek..?



Sambil makan2 ni nak tau tak ape aktiviti Dani? Jeng..jeng..jeng..



Dhany tetap tido...bagus anak aku ni..



Mama tak lunch sebab still kenyang... tapi tetap sibuk nak berposing...





wit tasha..



Lepas makan kami tak terus balik rumah tapi ke playground di Taman Tasik Permaisuri sebab anak-anak nak main boyan plak..



tak penat-penat ke korang semua nak...?



Sekian aktiviti wiken kami utk kali ni..

Friday, November 05, 2010

Ada Apa Denganku..?

Salam...

Setelah sekian lama aku tak update blog, hari ni ku gagah kan juga jari-jari ini menaip. Bukannye tiada crite baru..bahkan setiap hari aku berazam ingin menulis kembali, apatah lagi tak pernah sehari pun sejak akhir2 ni aku berhenti dr ber blogwalking..

Sebenar-benarnya aku ingin mencari semangat baru setelah berlaku sesuatu di dalam kehidupanku.Satu mimpi pahit yang aku pasti tiada siapa pun yang bergelar wanita mahu menempuhinya..Hampir aku tersungkur di dalam kelam itu..sangat sakit dan pedih, rasanya bagai ditoreh-toreh hati ini.. Berbagai rasa bercampur-baur. Hanya pada Allah tempat ku mengadu.
Kini, biarlah semua memori sedih itu ku simpan kemas di sudut hati sebagai kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang tahu & mengerti, doakan aku akan terus tabah...walau aku sendiri tak pasti lagi bagaimana akhirnya kisah pahit ini....:(


Sunday, October 24, 2010

Happy Birthday Sara..

Entry ni khas tentang besday anak daraku Maisara yang ke 9. Setelah sekian lama tak celebrate secara besar-besaran, tiba-tiba tahun ni plak dia request nak jemput kawan-kawannya datang ke rumah. Maka kelam kabutlah mak bapaknya mengambil tempat membuat berbagai urusan seperti menempah kek, beli barang utk goodies bag, mengatur menu & list jemputan dalam masa yang agak singkat itu. Sebenarnya birthday dia pada 21hb Oktober tapi majlisnya kami buat pada 24hb Oktober..


Sessi bergotong royong membuat goodies bag.

inilah hasilnya..

hiasan belon warna-warni di dalam rumah kecil kami

Sara request Barbie doll cakes..thanks to Nia sebab dapat buatkan eventho in short notice..

Akhirnya inilah antara juadah Hi Tea yang dapat disediakan: laksa asam, roti jala, puding sumi dan jajan2.

Birthday girl n freinds..



Tasha dah start jeles..dia pun nk cake barbie tapi warna biru.. tahun depan ye nak...



antara tetamu kami hari tu..sib baek derang dtg batch by batch..kot tak..penuh rumah comelku..(^_^)
Majlis yang sepatutnya berakhir petang berlarutan hingga ke lepas solat isyak..terima kasih pada tetamu yang sudi datang. Kami berpuas hati dapat melayan semuanya walaupun agak penat dan esoknya pulak aku ade interview..hu..hu..










Thursday, September 23, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan





Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

entah mengapa lagu ni sedang bermain-main di bibir ini...:((

Wednesday, August 25, 2010

Kelahiran Yang Ditunggu-tunggu

Alhamdulillah....aku telah selamat melahirkan seorang putera pada tanggal 9hb Ogos 2010 jam 6 petang dengan berat 4.35kg secara normal di Hospital Pakar UKM, Cheras. Segala kepayahan aku sewaktu mengandungkannya hilang begitu sahaja di saat kelahirannya.. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu yang amat kami nantikan ini.

Sejam selepas dilahirkan

Saat kali pertama matanya dibuka..


Selamat datang ke dunia sayang!!

Friday, August 06, 2010

Masanya Sudah Hampir Tiba...

Rabu, 4 Ogos 2010.

Semasa check -up, aku telah diberitahu agar bersiap sedia untuk kelahiran awal bayi didalam kandungan ini. Dalam ertikata lain dipaksa bersalin pada minggu ke 38 kerana keadaan bayiku yang agak besar, 3.8kg setakat hari ni. Doktor minta aku buat pilihan untuk bersalin secara normal atau C-Sec. Apa yang diterangkan adalah worst case scenario...Kedua-duanya ada risiko tersendiri..kalau normal bayiku dijangka akan sangkut bahunya dan kalau C-Sec, risikonya pada aku yang sememangnya alah pada ubat bius..Dalam keadaan ini aku tak pasti apakah yang terbaik...
Akhirnya setelah berbincang dan bertanya pendapat beberapa keluarga terapat, aku mengambil keputusan untuk memilih kaedah bersalin normal (induction). Ahad ni 8 Ogos 2010, aku akan admit ke Hospital HUKM dan esoknya dijangka akan di induce..Perasaan takut, berdebar dan resah sentiasa dirasai sekarang ni..hanya doa yang mampu aku panjatkan kepadaNya agar semua berjalan dengan lancar dan selamat...AMIN...

Wednesday, June 23, 2010

Antara momen indah

Setiap orang ada momen-momen indah yang menyentuh hati...begitu jugak aku.Mungkin bagi orang lain ianya biasa tapi tidak untuk aku. Ini adalah satu transformasi yang sedang berlaku kepada keluarga aku..



Doaku semoga keadaan ini akan berkekalan selamanya...Amin

Sunday, May 30, 2010

Shopping Menyopping

Salam semua...

Minggu ni long weekend..start cuti dari hari Jumaat sebab cuti hari Wesak. Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke The Mall sebab ada Parkson Extreme Warehouse Sales. Beli comforter set untuk keperluan bilik pengantin adik iparku, part of baju raya anak-anak dan sedikit keperluan newborn baby. Harganya ok lah jugak...Shopping awal sbb nak elak bershopping bila dah sarat nanti. Lagipun aku dijangka bersalin di tengah-tengah bulan puasa,kalau tak beli sket-sket dari skang bila lagi kan..

Hari Sabtu plak hari berkemas dan mengecat bilik..nak sambut baby baru ni excitedlah plak....he.he..Lagipun nilah first time kami mengecat bilik tidur sejak berpindah. Warna purple lagi you..Bilik anak-anak pulak dicat warna pink..happy sangat derang. Seperti biasa juga rutin bar sejak pregnant ni, separuh baju ku hantar ke dobi..baju sekolah ngan baju kerja hubby aje yang dibasuh tangan. Tak larat dah aku nak duduk memberus dgn perut yg memboyot ni. Lepas berkemas aku terus masuk dapur masak asam pedas ikan pari, sayur kangkung goreng & sambal belacan.

Hari Ahad, bangun pagi-pagi ku terus merebus nasi impit. Plan nak makan ngan sambal udang + pucuk tahu untuk lunch nanti. Kalau rajin nak wat rendang minang jugak. Apepun utk bekfes aku goreng cekodok je, cukuplah utk alas perut..

Ermmm..mana nak bawak bebudak ni jalan ye...? bising diorang nak ajak kuar..nantilah kupikirkan...

Sunday, May 16, 2010

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama teringin memiliki sistem rawatan air di rumah, akhirnya termakbul jugak apa yang dihajati. Actually, ade dua tiga jenama yang di shortlist tapi setelah difikirkan bab-bab maintenance catridge & service after salesnya, finally jenama ini yang dipilih.



Thanks abang...mmmmuuuuaaahhhs!..semoga memberi manafaat kepada seluruh familyku, Amin..

Friday, May 14, 2010

Jenjalan ke Sogo

Hari ni waktu lunch yang agak panjang tu kuhabiskan dengan mengikut Jie pergi ke Sogo...Sales lah macam biasa..teringin jugak nak beli non-stick pan tapi tak pasti nak beli brand ape.Ade lists of barangan yang masih duduk diam diam dalam wish lists..bilalah dapat agaknya??? Harap-harap weekend ni dapatlah satu dua barangan tersebut...Amin!

Ape-apepun petang ni dah plan nak tapau makanan siap-siap dari pasar malam sebab nak melangok depan tv tengok Piala Thomas 2010 kol 6 nanti. Semoga games petang ni memihak kepada Malaysia...Malaysia Boleh!!!

Saturday, April 10, 2010

Cerita-ceriti di tahun 2010

Lamanya tak update blog...macam-macam peristiwa telah berlaku pada aku sepanjang 4 bulan ni..Yang paling menggembirakan aku ialah keterujaan menyambut ahli baru dalam family...Yessss..........alhamdulillah.... akhirnya kini aku hamil lagi, dah masuk 5 bulan pun.Kali ni memang berbeza dengan kandungan yang lepas-lepas.Kalau dulu tak de nak muntah-muntah tapi yang ni sangattttt lah kerapnye sampai lah ke hari ni. Maklumlah usia pun bukannye muda belia lagi..ahaks..Tapi yang seronoknya ialah kakak-kakak berdua tu.Memang diorang dah tak sabar nak tengok adik baru...Insya Allah nanti bulan Ogos akan tercapai hasrat korang ye..Doakan mama dan baby ni sihat.