Showing posts with label Weekends stories. Show all posts
Showing posts with label Weekends stories. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Kelas Swatari 2011

Salam,



Awal tahun hari tu aku enrol 2 orang anak daraku ke kelas Swatari anjuran Pak Ngah Production. Sejak itu rutin weekend kami adalah menghantar mereka selama 2 jam sehari. Tarian yang diajar ialah Joget, Zapin & Inang. Antara pengajarnya yang agak femes ialah couple yang menang program realiti Sehati Berdansa tahun lepas... Kalau ditanya nape aku hantar bebudak ni kelas tarian? camni jawapan aku : 1.untuk mendisiplinkan mereka, 2.mendidik mereka agar lebih mencintai budaya melayu itu sendiri & 3.tarian adalah eksesais yang bagus untuk tubuh badan.



Sebenarnya aku sendiri memang amat meminati bidang ini tapi apakan daya zaman kanak-kanak dulu tidak berpeluang langsung..Kebetulan pula, aku perhatikan Sara juga gemar menyertai program tarian kebudayaan di sekolahnya, jadi terus aku galakkan mereka mempelajari tarian melayu secara komprehensif di Swatari ini.


Kini, dah hampir tamat kelas asas ini. Hari ni telah diedarkan borang penyertaan Graduation Day untuk tahun 2011. Majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Oktober nanti. Masa tu barulah boleh aku decide samada mereka patut proceed ke kelas lanjutan atau cukup setakat itu saje..


Ok..jumpe lagi di next N3..bye!

Saturday, November 06, 2010

The Mines Shopping Fair




Pagi Sabtu tu, kami merancang membawa anak-anak main bowling, dah lama tak outing sejak zaman pregnant sampailah lepas bersalin ni. Kali ni pergi angkut si kecik tu sekali. Walaupun bowling centre tu agak bising tapi Dhany tetap lelap matanya. Nampaknya Dhany kenalah biasakan diri dgn keadaan camni ye nak.. banyak lagi aktiviti jalan-jalan yang akan kita sama-sama lakukan lepas ni.....





Dhany yang maintain tido...



Antara aksi seorang juara...cehhh..(",)


Mama pun tak nak kalah gak...strike jugak beberapa kali tu..heh..heh.. :P

Buah hati kami..



Lepas main bowling, perut pun dah mula lapar.. kat food court kat tingkat bawah kami nampak ni..jom kita cuba..






Senyum kak..tak yah malu2..

Anak-anak dah teruja nak try ni ..



sedap komen diorang...



Ni pulak lunch ayah..






Aik...makan sorang jek..?



Sambil makan2 ni nak tau tak ape aktiviti Dani? Jeng..jeng..jeng..



Dhany tetap tido...bagus anak aku ni..



Mama tak lunch sebab still kenyang... tapi tetap sibuk nak berposing...





wit tasha..



Lepas makan kami tak terus balik rumah tapi ke playground di Taman Tasik Permaisuri sebab anak-anak nak main boyan plak..



tak penat-penat ke korang semua nak...?



Sekian aktiviti wiken kami utk kali ni..

Sunday, May 30, 2010

Shopping Menyopping

Salam semua...

Minggu ni long weekend..start cuti dari hari Jumaat sebab cuti hari Wesak. Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke The Mall sebab ada Parkson Extreme Warehouse Sales. Beli comforter set untuk keperluan bilik pengantin adik iparku, part of baju raya anak-anak dan sedikit keperluan newborn baby. Harganya ok lah jugak...Shopping awal sbb nak elak bershopping bila dah sarat nanti. Lagipun aku dijangka bersalin di tengah-tengah bulan puasa,kalau tak beli sket-sket dari skang bila lagi kan..

Hari Sabtu plak hari berkemas dan mengecat bilik..nak sambut baby baru ni excitedlah plak....he.he..Lagipun nilah first time kami mengecat bilik tidur sejak berpindah. Warna purple lagi you..Bilik anak-anak pulak dicat warna pink..happy sangat derang. Seperti biasa juga rutin bar sejak pregnant ni, separuh baju ku hantar ke dobi..baju sekolah ngan baju kerja hubby aje yang dibasuh tangan. Tak larat dah aku nak duduk memberus dgn perut yg memboyot ni. Lepas berkemas aku terus masuk dapur masak asam pedas ikan pari, sayur kangkung goreng & sambal belacan.

Hari Ahad, bangun pagi-pagi ku terus merebus nasi impit. Plan nak makan ngan sambal udang + pucuk tahu untuk lunch nanti. Kalau rajin nak wat rendang minang jugak. Apepun utk bekfes aku goreng cekodok je, cukuplah utk alas perut..

Ermmm..mana nak bawak bebudak ni jalan ye...? bising diorang nak ajak kuar..nantilah kupikirkan...