Monday, July 08, 2013

Ramadhan 2013



Assalamualaikum

Selamat datang bulan Ramadhan Al Mubarak.. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun ini..Bulan nilah amalan baik akan dibalas berganda-ganda pahalanya..semoga tahun ni dikurniakan kekuatan untuk  beribadat lebih dari tahun-tahun sebelumnya.. Bulan ni jugak adalah bulan rezeki dan paling ditunggu-tunggu oleh semua peniaga bazaar Ramadhan. Masa nilah sekiranya rajin, bisnes masing-masing akan paling boom if compare dgn bulan-bulan lain..

Bercerita perihal berbuka puasa kebiasaannya pada hari pertama semua adik beradik akan datang berkumpul kat rumah mama. Mama akan masak gerang asam @ asam pedas tetel yang sememangnya juadah tradisi keluarga kami. Tu belum lagi masing-masing punya buah tangan..mesti ade roti johnlah, murtabaklah dan beraneka jenis air..maklumlah bulan puasa ni, nampak ape pun sedap je..kesudahannya tersandar kekenyangan semua..

Kalau juadah berbuka selalunya aku lebih gemar masak berbanding beli dari PARAM sebab selalunya kalau beli mesti ade je left over ..dari membazir, baiklah penat sikit memasak. Sekali sekala ade jugak beli membeli ..itupun kuih muih yang memang payah nak jumpa di bulan-bulan biasa..lagipun anak-anak aku memang tak gemar pegi PARAM..pening kata diaorang..ha..ha..time sahur pulak aku suka masak makanan yang bersup-sup supaya selera masing-masing terbuka sikit..sebagai penutup sahur aku sediakan segelas milo @ nestum sebagai bekal..

Okayla..setakat nilah coretan hari ni..Selamat Berpuasa Semua!!