Thursday, August 07, 2014

Cerita tahun 2014

Assalamualaikum ....


Sekian lama tidak menulis, terasa kekok pula..biarlah ku mulakan dengan cerita terkini keluarga kami. Segalanya mula berubah sebaik sahaja Maisara mendapat tawaran sekolah berasrama di Melaka Februari lalu. Sejak itu kami berulang alik setiap minggu ke Melaka untuk mengurangkan homesick si anak. Mula2 tu hampir2 kami give up kerana Maisara kerap bersedih dan tak jemu memujuk kami untuk menukarkannya ke sekolah lain atau setidaknya dia nak bersekolah tanpa tinggal di asrama...Aduh..anak!! Takkan nak menumpang pula di rumah nenek2nya..nanti akan menyusahkan mereka pulak..

Untuk kurangkan homesick, setiap hujung minggu kami akan bawa dia keluar outing dan ditambah pula setiap 2 minggu pula akan balik wajib, lama kelamaan barulah dia dapat menyesuaikan diri dan alhamdulillah kini dia semakin okay. Mula-mula hidup berdikari di Asrama adalah frasa yang bukan mudah untuk seorang anak yang teramat manja..lebih2 lagi anak dara sulung..aku pun pernah lalui saat2 crucial ni satu ketika dulu..ayahnya pun bersekolah asrama jugak..jadi kami cuba ubah rutin harian demi kerana anak....Nasib baik juga kami ade rumah sendiri di Melaka, jadi mudahlah nak mendobi, berehat2 atau membuat apa saja aktiviti anak beranak di rumah sendiri.

No comments: