Wednesday, May 29, 2013

Tele Novela- Teduhan Kasih

 
 
Sekarang ni tiap petang aku akan sedaya upaya tak mau makan kat luar atau pegi melangok memana sebab nak laju-laju balik rumah..Balik awal boleh masak, berkemas ape yang patut sebelum kol 7 terus duduk mengadap TV3..ini semua penangan tele novela Teduhan Kasih..hero nya Adi Putra & heroinnya Sherry Ibrahim..Kalau Adi Putra berlakon konfem rating naik punya..dahle hensem...macho plak tu..
 
Hero & Heroin

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu). Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.
 
Watak antagonis: Ryzal & Ayu...

 
Adaptasi dari novel ni..
 
 
 

No comments: