Tuesday, December 04, 2012

Disember Datang Lagi..

Assalamualaikum..

Bulan yang penuh aktiviti..bulan yang penuh dengan peristiwa dan Disember juga adalah bulan kelahiranku. Alhamdulillah, kini makin bertambah usiaku. Dihujung gelaran 3 series ni akan menjadikan aku bertambah matang dan harapnya dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja...
 
Bukan mudah untuk memaksa diri meluahkan semuanya melalui penulisan terutamanya di blog ini. Tapi aku kuatkan hati untuk menulis kerana aku bimbang semua ini akan dilupakan sekiranya tidak dicatitkan..
 
Sesungguhnya tahun 2012 mencatat pelbagai peristiwa suka dan duka, aku kehilangan seorang bapa saudara yang amat rapat denganku, Allahyarham Busu Nuar pada pertengahan tahun ini secara mengejut sangat memberi impak kepada keluarganya dan kami semua. Perginya pada usia awal 50-an akibat serangan jantung yang mengejut sewaktu memandu di lewat malam. Aku hanya sempat berbicara kali terakhir dengannya melalui FB sahaja..kini semua tinggal memori..
 
Selepas itu, sekali lagi aku diuji  dengan kepulangan sahabat baikku Allahyarhamah Hazrin Rashid ke Rahmahtullah pada hari raya haji yang lalu. Peristiwa ini telah membuat aku rasa sangat-sangat kehilangan seorang teman kala suka & duka.Banyak rahsia yang kami kongsi bersama, pernah kami menangis bersama, walau tak sering bersama tapi kebiasaannya kami akan keluar makan tengahari bersama kalau ada diantara kami memerlukan sokongan satu sama lain. Pergi cari barang meniaga, kongsi gerai meniaga di Bazaar Ramadhan dan macam-macam perkara lagi..Kini, aku tiada lagi teman itu..:(( Kalau aku berasa sedih, apatah lagi perasaan suaminya Is serta 4 orang lagi anak arwah,  Ika, Nana, Faris dan Faiz. Perginya arwah bersama seorang lagi bayi  yang dikandungnya akibat serangan asthma sangat-sangat memeranjatkan kami semua.....Yang buat aku terkilan seminggu sebelum meninggal dia kerap pm aku di FB ajak berjumpa dan satu pun message dia aku tak sempat balas.. Semoga roh sahabatku ini  dan arwah Busu Nuar tenang bersemadi dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.
 
 
 

No comments: