Wednesday, February 08, 2012

Aku nekad....

Assalamualaikum,





Hari ni aku nekad hantar Dhany ke taska. Taska yang sama owner dengan taska kakak-kakaknya. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu mengurangkan beban ayahnya dari menghantar ke dua lokasi yang berbeza sebelum ini. Tugas menghantar anak-anak ini terpaksa digalas suamiku kerana aku perlu mengejar bas seawal jam 7.00 pagi ke pejabat baruku di Putrajaya. Sebenarnya memang ada sebab kukuh kami berdua bertekad menghantar anak ke Taska ni..tak sanggup lagi melihat anak bongsuku ini membesar di dalam buaian..Kata pengasuhnya, Dhany agak lasak..jadi untuk mengelak dia mengusik baby-baby lain yang diasuhnya (seramai 3 baby dan 4 kanak-kanak) maka anakku itu ditempatkan didalam buaian hampir 3 suku hari.. adatlah kan kalau kanak-kanak seusia 15 bulan yang baru dapat kaki..semuanya nak diusik, diexplore. Logik ke alasannya itew??




Lagi menguatkan alasan kami beralih ke pusat asuhan kanak-kanak ialah di rumah pengasuh, kedudukan buaian Dhany adalah di pintu ruang yard...dan untuk pengetahuan korang itulah satu2nya jalan nak ke tandas..Disebabkan pelan rumah kami sama, maka kenyataannya anakku itu ditempatkan di pintu masuk tandas..manakan letaknya rasa kemanusiaan mereka ni? bagaimana agaknya kalau ade diantara keluarganya ingin ke tandas? apakah jadinya dengan anakku yang mungkin sedang lena tidur? diangkatkah? dibiarkan ajekah? patutlah ruam-ruam kecil tumbuh disekitar leher..rupanya di situ tiada pengaliran udara yang sempurna..agak panas kerana terletak jauh dari kipas diruang tamu...ni tak termasuk lagi betis si kecik ni yang kerap digit nyamuk, mungkin kerana ruang yang tidak sesuai itulah salah satu puncanya..apakah sudah hilang rasa kesian atau kasihkan kanak-kanak? ikhlaskah kerjaya mengasuh atau sekadar hanya tahu mengira berapakah pulangan bulanan yang akan diterima saja???




Mulanya kami hanya bercadang nak test dulu dengan menghantarnya ke Taska dalam tempoh 3 hari ni saja..manalah tahu takut-takut Dhany lambat serasi kerana dia biasanya tidur di buaian tapi di Taska mana ade buaian..tapi rasanya kami nekad hantar ke Taska terus bila pagi tadi En Suami dimaklumkan oleh pengasuhnya yang dia nak cuti hari ni dan mungkin esok kerana perlu pulang ke kampung. Hai....nasiblah kami dah hantar Dhany ke Taska, kalau tak mesti salah seorang dari kami perlu bercuti kecemasan lagi dan lagi...bukannya kami tak cuba memahami atau bertolak ansur dengannya tapi dah selalu kami terpaksa bergilir mengambil emergency leave kerana keadaan2 tak terduga semacam ini. Soal bayaran yang agak mahal berbanding pengasuh/Taska yang lain kami tak kisah sangat kalau dia ikhlas ngasuh anak dengan baik...tapi kalau dah macam ni payahlah..asyik kita aje kena beralah. Bagi orang yang makan gaji ni banyak perkara perlu dijaga, kalau dah kerap cuti kecemasan bos pun jeling-jeling gak..



Harap-harap Dhany boleh menyesuaikan diri ye sayang..mama & ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu. Biarlah di Taska Dhany nanti belajar bersosial, bermain dan belajar perkara-perkara yang baru. Yang penting Dhany tak terkurung saje dalam buaian ye manje...Mama doakan Allah akan sentiasa melindungi semua anak-anak Mama dari segala perkara yang tak baik.Pada kakak-kakaknya kutitipkan pesan menjenguk adik di Taska sebelah kalau ada kelapangan..jangan lupa minta izin cikgu dulu..




Ya Allah...sesungguhnya aku bertawakkal kepadaMu..lindungilah & peliharalah anak-anakku semasa mereka tiada di depan mataku..Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments: