Thursday, May 19, 2011

Hari Sesak Sedunia...



Salam..



Hari ini aku menghadiri kursus sehari 'Act Tourism' di Hotel Putra Kuala Lumpur.Sebagai seorang penjawat awam, sudah menjadi kewajipan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus samada anjuran jabatan masing-masing atau kementerian lain. Pada kursus kali ni selain jabatan kami, ianya juga disertai oleh PDRM, JPJ, Imegresen & Kastam. Penceramahnya, Puan Afie adalah seorang yang sangat2 berpengalaman luas didalam bidangnya. Bagi kami yang bertugas sebagai frontliners, memanglah dah biasa mengikuti kursus-kursus sebegini...walaupun modul lebih kurang sama, at least kami dapat juga keluar dari environment biasa di ofis, dapat menambah sijil-sijil kehadiran kursus disamping menambah kenalan dari agensi-agensi lain...


Petangnya sebaik habis kursus, hujan mulai turun dengan lebat di sekitar KL. Plan kami nak ke Carefour Wangsa Maju malam ni utk redeem voucher RM100 tergendala disebabkan jalan Jelatek & Ampang sesak teruk. Terpaksa tukar route utk balik ke rumah tapi sesak pula di Jalan Tun Razak...nasib baiklah Dhany masa ni good mood(agaknya sebab dah kenyang menyusu).Anak2 daraku semua dah tertidur dlm kesejukkan, kelaparan & jammed yg melampau itu...sudahnya kami tukar plan lagi untuk dinner je di KLCC.



Agak pelik kenapalah ramai sangat orang malam ni, bermula daripada lift dari parking kemudian berpusu-pusu pula yang melintasi kami di food court tu menuju ke escalator...? Owh..rupe2nye ini semua penangan Nur Kasih The Movie. Mereka nak naik ke TGV kerana hari ni kan hari pertama movie tuh... Aduh..ingatkan luar je jammed..dalam KLCC pun jammed jugaklah...