Wednesday, December 02, 2009

Disember Datang Lagi..

Hari ni dah masuk bulan Disember..bulan kelahiranku & bermakna bertambah tualah aku..hu..hu.. Memandangkan banyak cuti, berbagai aktiviti telah dirancang & cadangnya pd minggu ketiga nanti kami akan mula bercuti panjang bersama anak-anak.






Kat rumah agak sunyi sebab kedua anak daraku itu sedang seronok bercuti di kampung. Hari ni Sara update kat aku yg dia dah terror berbasikal..Aku ingat dia cuma cakap aje tapi MIL aku siap konfirmkan, abis dikerjakan basikal sepupu dia, Lokman. Sara jugak dah start menuntut janji kat ayahnya ...hah... sebenarnya ayahnya dah janji nak hadiahkan basikal kalau dia pandai naik basikal. Hadiah tu sebagai galakan kat dia sebab sebelum ni dia mmg tak pandai & tak konfident langsung... Tasha plak akan mewarisi aje basikal kakak dia sebelum ni sebab basikal tu masih elok. Anak ku sorang ni asyik main, main, main sampai aku call pun dia nak cepat aje letak phone sebab nak continue main...hish..hish..

Anak-anak ni kalau bercuti di kampung, mereka akan lebih bebas bermain dan aktif berbanding di KL ni. Maklum aje duk apartment, mesti susah nak main nyorok2, kejar2 dan main basikal seperti di kampung. Seronok tengok dioarang happy dapat explore macam-macam bende di kampung tu walaupun di bawah pengawasan nenek mereka yang memang agak garang..ha..ha.. Masa ni jugaklah nak ajar mereka berdikari, bergaul ngan sepupu & mengajar mereka untuk lebih menghargai zaman kanak-kanak mereka bila dah besar nanti. Walau kami berdua rasa rindu sangat kat budak berdua ni tapi dapat jugak kami luangkan masa berduaan-duan yang semakin limited lately ni..

Kat bawah ni aku selitkan gambar cousins Sara & Tasha di kampung. Gambar ni diambil 2 tahun lepas..skang ni mereka semua dah dewasa sket..



No comments: